


Ucapan Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang –
YB Wong Hon Wai Sempena Majlis Menandatangi Perjanjian Penyerahan Bangunan No.57 Jalan Macalister
Yang mulia saudara Pengerusi Majlis,
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng,
Yang berusaha Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah merangkap Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Ar. Cik Hajah Patahiyah Binti Ismail,
Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri Pulau Pinang,
Ahli-Ahli Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Balai Seni Lukis Pulau Pinang,
Yang Berbahagia Dato-Dato, Datin-Datin
Ketua-Ketua Jabatan,
Rakan-Rakan Media,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.
Selamat pagi dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato-dato, serta hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis yang sangat bererti ini.
Hari ini membuka lembaran baru bagi Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1964 di Lebuh Farquhar dan ia dibuka secara rasminya oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Raja Tun Uda Al Haj Bin Mohamad pada tahun 1965. Pada tahun 1994, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke Dewan Sri Pinang manakala Muzium Negeri kekal beroperasi di Lebuh Farquhar.
Setelah saya dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang pada Jun 2009 dan ditugaskan portfolio Kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya telah meneruskan usaha penambahbaikan dari segi infrastruktur serta kualiti pameran muzium dan balai seni lukis. Bersama dengan ahli Lembaga Muzium dan serta sokonganan dari pentadbiran MPPP serta ahli Majlis MPPP, kita telah berjaya menggariskan terma penggunaan Bangunan No. 57, Jalan Macalister dan usaha penyerahan bangunan telah disusuli.
Setinggi-tinggi penghargaan saya sampaikan buat Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Ar. Cik Hajah Patahiyah Binti Ismail serta Ahli-Ahli Majlis dan pentadbiran MPPP kerana berkongsi visi dengan Lembaga Muzium iaitu visi kita untuk menjadikan No 57, Jalan Macalister sebagai muzium dan balai seni lukis tambahan untuk menonjolkan lagi kekuatan warisan sejarah dan kesenian negeri Pulau Pinang. Muzium di Lebuh Farquhar akan dikekalkan dan No. 57 akan ditonjolkan sebagai satu lagi tambahan kepada muzium dan balai seni lukis negeri sedia ada.
Setelah George Town dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, usaha kerajaan negeri dari segi penonjolan kekuatan dari segi warisan, kebudayaan dan kesenian telah dirancakkan. Kerajaan negeri telah menubuhkan George Town World Heritage Incorporated dan pelbagai inisiatif serta usaha telah dijalankan. George Town Festival telah dirayakan dengan meriahnya pada bulan Julai 2010. Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang akan terus berusaha dengan semua pihak samada dari awam atau swasta untuk terus memainkan peranan aktif untuk menonjolkan kekuatan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Kejayaan sesebuah institusi perlu berpandukan moto yang ditetapkan. “Pendidikan Muzium untuk Semua” juga digunakan oleh Muzium Negeri Pulau Pinang. Pendidikan muzium ialah suatu pembelajaran dengan yang dapat dilakukan dengan melihat bahan pameran, menyentuh koleksi artifak yang dipamerkan dan merasai kekukuhannya, mendengar penjelasan yang diberikan tentang koleksi artifak yang dipamerkan, memegang bahan koleksi yang dipertontonkan (pengalaman) melalui himpunan koleksi atau artifak yang dipamerkan di sesebuah muzium.
Keunikkan negeri ini telah memperkenalkan Pulau Pinang ke mata dunia. Kewujudan sebuah lagi muzium dibawah naungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memperkembangkan, memelihara dan memulihara dengan sebaik-baiknya khazanah dan warisan budaya, seni dan sejarah Pulau Pinang.
Sehubungan itu, saya sangat berharap agar orang ramai, para pelancong dan pecinta-pecinta sejarah tanah air, terutamanya Pulau Pinang memberikan sokongan sepenuhnya dalam memajukan institusi pelancongan dan pengekalan warisan negeri. Sokongan yang padu dan kuat daripada pelbagai pihak dapat mengekalkan warisan nenek moyang kita. Tanpa anda, muzium tidak akan berfungsi dengan sepenuhnya.
Saya telah banyak melawat muzium sebelum saya berkecimpung dalam arena politik pun. Setiap kali berpeluang mengunjungi sesebuah bandar, saya akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi muzium. Betapa sedih dan ngerinya pengalaman Perang Dunia Kedua apabila saya melawat Memorial Pearl Harbour di Hawaii dan Muzium Perang di Hiroshima, Jepun. Betapa aslinya dan takjubnya terhadap permulaan tamadun manusia di Muzium di Bandar Arashu, Tanzania, Afrika. Betapa moden dan kosmopolitan muzium-muzium di Singapura. Betapa panjangnya tamadun-tamadun dan koleksi Diraja dirasai di the Palace Museum of Taipei. Semua ini merupakan sumber pendidikan kepada orang-orang tempatan dan juga kepada pelancong asing.
Jawaharlal Nehru, bekas Perdana Menteri India yang terkenal pernah berkata “Art galleries and museums in a great city are like windows which look out on the broader, richer and deeper things of life”. Melalui balai-balai seni lukis dan muzium-muzium yang terdapat di sesebuah bandaraya, orang ramai dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan secara menyeluruh dan mendalam. Malahan, pelawat asing juga dapat memahami kehidupan sesebuah bandaraya melalui karya-karya dan koleksi dalam balai seni lukis dan muzium di bandaraya tersebut.
No. 57, Jalan Macalister akan memakan masa 3 hingga 5 tahun untuk menjadi mantap dengan koleksinya. Bandar Rome bukan dibina dalam satu hari. Begitu juga dengan satu muzium perlu masa beberapa tahun untuk menjadi presentable kepada orang awam. Muzium-muzium yang terkenal di British Museum telah melangkau masa satu ratus tahun untuk menjadi matang dan terkenal dengan koleksinya. Oleh itu, kita akan teruskan usaha kita untuk memperkasakan muzium dan balai seni lukis kita.
Akhir kata, saya dengan lafaz lega dan berterima kasih kepada semua yang terlibat kerana bertungkus-lumus dan berusaha tanpa mengenal penat dan lelah menjalankan tanggungjawab dalam kerja-kerja penyerahan bangunan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kakitangan MPPP dan Muzium dan Balai Seni Lukis kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlangnya dalam urusan penyerahan bangunan ini.
Sekian, terima kasih.
移交57号建筑物仪式 - 槟城博物馆委员会主席黄汉伟讲稿
(18-09-2010)
槟州首席部长 林冠英首席部长
信托委员会主席兼槟岛市政局主席 芭迪雅女士
各位国州市议员
槟州博物馆及艺术画廊委员会委员
Dato-dato, Datin-datin
各部门负责人
各位记者朋友
大家早上好,
博物馆及艺术画廊掀新页
首先, 我要感谢槟州首席部长林冠英, 槟州市政局主席芭迪雅女士及各位贵宾们今天愿意拨出您们的宝贵时间, 一同出席参与今天这个非常具有意义的移交仪式.
今天对于槟州博物馆及艺术画廊来说, 可算是一个新的旅程碑. 槟州博物馆及艺术画廊在1964年于乔治市华盖街成立, 并于1965年由槟城第一位州元首, Raja Tun Uda Ai Haj Bin Mohamad正式开幕. 因为地方有限, 槟州艺术画廊就在1994年搬迁至槟州大会堂, 而槟州博物馆则依旧在华盖街至今.
本人在2009年6月被委任为槟州博物馆及艺术画廊委员会主席, 并掌管槟州艺术部, 我尽我最大的努力改善博物馆及艺术画廊, 无论是在建设或者是展览素质方面. 在博物馆委员会的支持下, 同时也得到的槟岛市政局的配合, 我们成功的租借这一座充满历史背景及广阔的建筑物 - 中路57号 (No.57, Jalan Macalister).
我非常的感谢槟州市政局主席芭迪雅女士, 市议员及市政局官员们的配合, 因为槟州市政局与博物馆委员会的理念是一致的, 我们都想把这座建筑物变成我们的博物馆及艺术画廊, 这无疑是对槟城历史文化保留及艺术的最大帮助. 从此以后, 中路57号将成为槟州第二座博物馆及艺术画廊.
至从乔治市被列为世界文化遗产以后, 槟州政府在文化遗产及艺术方面都尽了很大的努力. 州政府已经成立了乔治市遗产机构, 个各部门准备就绪. 我们也在今年举办了为期一个月的乔治市节庆 (George Town Festival). 博物馆委员会及槟州艺术画廊将会配合所有的部门包括私人界, 以继续大力的推广乔治市为世界文化遗产地区.
各位来宾,
一个成功的机构, 必须拥有一个坚定的格言, 而槟州博物馆的格言就是 “博物馆教育予全体人民”. 博物馆教育是一种学习, 学习展览物品, 展览品的由来, 历史, 学习如何把展览物品排放在博物馆内. 现在, 槟城是一个受世界瞩目的城市, 一座在政府旗下的博物馆更应扩充, 增加更多的收藏品, 槟城的文化历史及艺术.
在这里我非常的希望大家, 游客及历史爱好者, 尤其是槟州政府全力支持本地旅游业及大力推广本地文化遗产. 如果没有大家的支持, 一座博物馆也变成没有意义了.
我每到一座城市, 如有机会, 我一定前往参观当地博物馆. 最令我印象深刻的在夏威夷的珍珠港纪念馆(Memorial Pearl Harbour) 及日本Hiroshima的战争博物馆, 这些都是世界二战所遗留下来的物品, 我非常的感触, 因为我国也是一个受世界二战影响的国家. 除了这两座城市的博物馆以外, 还有在非洲坦桑尼亚的人类进化博物馆, 新加坡的现代化博物馆还有台北国立故宫博物馆. 博物馆就像是一个教育中心, 将这里的文化历史, 人类发展展现在旅客眼前.
前印度总理贾瓦哈拉尔。尼赫鲁曾经说过一句话“艺术画廊及博物馆就像是一座伟大城市的窗口, 这个窗口可使到这座城市更广阔, 丰富及深诚的意义.’ 透过博物馆旅客们更能深入的的了解一个地方的文化.
中路57号将需要3到5年的时间才能建立为真正的博物馆, 就如罗马也不是一天可以造成的一样. 一些著名的博物馆就像英国博物馆就用了差不多一百年的时间, 慢慢的累计下来的.
最后, 我跟所有给予充分配合的单位说声谢谢, 因为他们才有今天的移交仪式.
谢谢.